Hari ini saya nak kongsi sedikit review tentang pengalaman guna simkad onexox. Maybe ramai yang dah tahu tentang simkad ini saya percaya masih ada yang belum pernah dengar sebab ianya tak sepopular simkad maxis, celcom dan digi.

Jom saya kongsikan 5 perkara yang saya suka tentang simkad onexox ni. Sebelum tu, untuk makluman semua simkad onexox ni ada 2 pelan iaitu onexox prepaid dan black. Sy secara peribadi menggunakan kedua-dua pelan tersebut sampai sekarang.

5 perkara yang saya suka dengan simkad onexox

Saya dah lama dengar tentang simkad onexox ini, tapi belum tergerak hati untuk guna sehinggalah sekitar akhir tahun 2019 saya nekad untuk mencuba simkad onexox ini. Ok, ini adalah antara apa yang saya suka tentang simkad onexox ini.

#1 Simkad Onexox ada tempoh sah paling panjang

Ni antara punca utama saya terjebak dengan onexox. Time tu buat bisnes. Letih jugak nak guna telco yang perlu topup setiap bulan semata-mata nak aktifkan nombor. 

Bayangkan kalau saya pakai simkad lain yang komitmen RM30 sebulan. Kalau kali dengan 28 bulan = RM840. Plus minus, banyak itu la yang saya jimat.

Pakai onexox prepaid, bayar yang awal-awal tu je topup dan welcome deal (roughly dalam RM50), pastu dah tak perlu topup sampai 2 tahun 4 bulan.

Lagipun rumah ada unifi fibre so tak perlu lah nak beli simkad yang kena bayar bulan-bulan. Nombor onexox tu sy jadikan nombor utama bisnes yang guna whatsapp. Memang banyak la jimat dia. 

Dan yang lagi best, setiap kali kita topup, tempoh sah itu akan extend lagi. So kalau topup RM10, kita dapat lanjutkan lagi jadi 28 bulan 10 hari.. Best kan?

Antara sebab ni jugak sy bagi nombor untuk mak ayah di kampung. Mudah dan jimat. Bagi anda yang ada anak-anak yang bersekolah di asrama penuh, boleh gunakan simkad onexox prepaid ni. So tak perlu risau utk topup bulan-bulan.

#2 Simkad Onexox guna coverage celcom

Simkad onexox ni guna coverage celcom. So kat mana ada celcom, kat situlah ada onexox. Semua pun sedia maklum, celcom punya coverage memang antara yang terluas di Malaysia. So tiada isu line onexox ni slow berbanding telco lain.

# 3 Offer Happy Hour dan Season Pass

Antara yang ditunggu-tunggu oleh pengguna Onexox. Promosi happy hour dan season pass. Bagi yang belum tahu season pass dan happy hour ni apa, boleh rujuk artikel ni. 

Usually pihak onexox akan membuat promosi dari masa ke semasa melalui Happy Hour. Terpulang kat pengguna nak beli atau tak. Tapi apa yang confirmed, offer-offer yang dia bagi memang murah dan sangat berbaloi. Boleh kata sangat rendah berbanding standard pelan onexox. Cuma untuk short period of time lah. Kalau terlepas, tunggu next punya. So grab bila ternampak.

Happy hour ni dia akan offer data, minit panggilan atau sms dengan kadar yang lebih murah. Bila beli offer dari happy hour ni, semua data, minit dan sms ni akan dimasukkan ke dalam akaun season pass yang anda boleh gunakan bila-bila masa tanpa expired.

#4 Boleh kongsi data

Ni standard lah kan. Mana-mana telco pun ada kalau tak silap saya. But ok la sebab fungsi ni juga ada pada onexox. So kita boleh kongsi data, minit panggilan dan sms yang kita ada dalam season pass dengan pengguna onexox yang lain. Of course lah suami, isteri, anak-anak, mak ayah dan adik beradik. 

Macam saya sendiri ada ratusan GB data dalam account. Bukan sebab saya beli banyak. Sebab setiap kali topup or happy hour saya beli dan kalau tak habis dia akan carry forward. Rumah pulak dah ada internet, so bila tak usik data tu, dia akan membiak hehehe..

Sebagai contoh, saya ada 400 minit panggilan dalam kaunter season pass. Saya boleh kongsikan 100 minit panggilan kepada mak ayah di kampung atau anak-anak di asrama. Jika setiap panggilan makan masa 10-15 minit, dalam sebulan mereka boleh call kita 6 hingga 10 kali tanpa mereka perlu topup.

Kalau happy hour, akan dapat banyak minit panggilan murah-murah.

#5 Tiada masalah kredit hilang tanpa sedar

Salah satu perkara yang tak best bila kredit ditolak sebab lupa nak off data dan kuota data kita dah habis. Kadang-kadang anak-anak guna hp kita tanpa kita sedar dan dia on data semata-mata nak tengok youtube.. sedar tak sedar, kredit kita habis kena caj.

Dengan onexox, kalau kuota data kita habis. kita akan terus tak boleh akses internet. Ada yang kata tak best sebab tengah seronok bersosial tiba-tiba buffer. Tapi, bagi saya itu satu petanda yang baik. Sebab kita guna dengan apa yang kita bayar. Pihak Onexox tak nak kita dibebani komitmen jika ada terlebih guna. 

Kesimpulan

Itu saja perkongsian saya untuk artikel kali ni. Semoga 5 point ni boleh memberi sedikit "insight" kepada anda yang baru nak mengenali simkad onexox ni. Semoga perkongsian ni memberi manfaat dan membantu kita semua untuk lebih bijak menggunakan teknologi dan dalam masa yang sama dapat berjimat. Sekian, terima kasih!
Previous Post Next Post