Season pass ialah satu ciri unik yang diperkenalkan oleh XOX untuk memberi lebih nilai PENJIMATAN kepada pengguna dimana ianya juga boleh diklasifikasikan sebagai "BANK" simpanan data, minit atau SMS. Menariknya, baki yang ada di dalam akaun Season Pass ini sama ada Data internet, MINIT panggilan atau SMS akan di bawa ke hadapan, selagi mana tempoh sah simkad masih aktif dan ianya tidak akan dilupuskan!
Siapakah yang boleh melanggan Season Pass?
Semua pelanggan ONEXOX Prepaid dan ONEXOX Black boleh menikmati keistimewaan Season Pass.
Bagaimanakah cara untuk saya melanggan Season Pass?
Terdapat beberapa cara untuk melanggan Season Pass:
1- Anda boleh membeli langganan melalui SMS dan akan dicaj menggunakan kredit masa berbual semasa. (Taip kod pakej dan hantar ke 23388)
2- Anda boleh melanggan melalui Menu USSD (*150#) dimana anda akan dicaj melalui kredit masa panggilan semasa.
3- Anda juga boleh melanggan melalui aplikasi XOX Black.
Apakah keistimewaan Season Pass ONEXOX?
Ciri - ciri Istimewa Season Pass ini adalah boleh dikongsi diantara pelanggan ONEXOX. Jika terdapat ahli keluarga, rakan atau teman tersayang yang sedang menggunakan pelan ONEXOX, anda boleh berkongsi sejumlah data, minit panggilan atau SMS kepada mereka. Selain itu, data yang dibeli juga boleh disimpan dan digunakan sekiranya perlu pada bila-bila masa sahaja.
Apakah Pakej SEASON PASS yang di tawarkan?
Terdapat 3 pakej season pass yang di tawarkan iaitu
1. VOICE (pakej panggilan)
2. DATA (pakej internet )
3. KOMBO (pakej data + minit panggilan)
Sila rujuk gambar di bawah.
Bagaimana caranya untuk saya menggunakan Data, minit panggilan dan SMS yang ada di dalam akaun Season Pass ini?
DATA:
Tempoh penggunaan akan bermula selepas penggunaan data seterusnya. Sebagai contoh, apabila anda melanggan Pakej Data SP D1 (20GB) ia akan disimpan di dalam akaun XOX anda dan hanya akan ditolak sekiranya anda mula mengaktifkan data baru (mengikut langganan harian, mingguan atau bulanan).
Sebagai contoh:
Anda telah membeli Pakej Season Pass SP D1 20GB (RM100). Data 20GB akan disimpan di dalam akaun Season Pass mengikut tarikh luput simkad anda.
Sekiranya anda hanya ingin menggunakan 2GB sahaja, anda perlu membuat langganan pakej data FAT (sama ada 24 jam ,7 hari @30 hari - mengikut jumlah data yang ingin digunakan) dari menu *150# atau Aplikasi Black. Data anda akan diaktifkan dengan menolak baki dari akaun Season Pass tersebut manakala baki 18GB lagi akan dibawa ke bulan hadapan.
MINIT DAN SMS:
Tempoh penggunaan bermula serta merta selepas panggilan atau selepas menghantar SMS (Tempatan sahaja).
Nota:
1. Untuk panggilan telefon ke semua rangkaian bebas tol Malaysia (1300 atau 1800) kredit masa berbual akan ditolak, bukan minit Season Pass.
2. Panggilan IDD jugak akan ditolak seperti penggunaan normal.
3. Untuk penghantaran SMS ke rangkaian SMS Premium (sebagai contoh, 66300) normal caj akan dikenakan.
Adakah jumlah data, minit dan SMS di dalam akaun Season Pass ini boleh dikongsi dengan pengguna ONEXOX yang lain?
Ya, sudah tentu!
Berapa ramaikah rakan dan keluarga yang boleh berkongsi kredit masa berbual, data dan SMS dengan saya?
Tiada had. Dengan syarat rakan dan keluarga anda adalah pelanggan ONEXOX Prepaid atau BLACK, anda boleh berkongsi tanpa sebarang had atau halangan. Walaubagaimanapun, RM 0.50 akan dikenakan kepada PENGHANTAR untuk setiap perkongsian yang berjaya.
Penghantaran berganda DIBENARKAN dengan satu SMS dan hanya dicaj RM 0.50 untuk setiap perkongsian yang berjaya. Sebagai contoh: Share 0103333010 D1 V50 S100 1234 (untuk berkongsi 1GB / 50 Minit / 100 SMS)
Apakah had maksimum perkongsian?
Masa berbual: Tanpa Had
SMS: Tanpa Had
Data: 10GB
Berapa lamakah tempoh sah baki Data, minit dan SMS di dalam akaun Season Pass?
Tempoh sah bagi data internet season pass adalah mengikut Tarikh sah kredit (contoh : 2 tahun 4 bulan ) manakala tarikh sah langganan data adalah mengikut pilihan pakej yang dilanggan iaitu sama ada 24 jam ,7 hari @30 hari.
Bolehkah saya terus menggunakan Season Pass sekiranya akaun saya telah disekat (Barred)?
Anda tidak boleh menggunakan baki Season Pass (sama ada minit masa berbual, SMS mahupun data) sekiranya akaun anda disekat.
Bagaimana cara untuk menyemak baki Season Pass?
1. Melalui Menu USSD *150#
2. Melalui SMS
Hantar SP BAL ke 22111 / 23388
3. Melalui Aplikasi XOX Black
Log masuk / Daftar masuk > My Account > Account / Profile