“Bang, saya nak beli simkad Onexox tapi confuse nak pilih yang mana...”
Dilema biasa bagi pelanggan baru onexox. That is why sangat penting untuk faham pelan onexox terlebih dahulu. Basically, pelan onexox ni ade 2 je. Onexox Prepaid dan Onexox Black.
Baik. Untuk menjawab persoalan di atas...
Ini soalan pertama saya:
Nak Prepaid @ Black?
Onexox Prepaid macam prabayar biasa.
Onexox Black bukan postpaid. Black ni plan onexox hybrid. Gabungan antara sistem Prepaid dan Postpaid.
Onexox Prepaid
Onexox Prepaid ni kelebihan paling popular adalah tempoh sah aktif yang panjang. Paling panjang di Malaysia 28 bulan. Setiap user yang beli simkad Onexox Prepaid akan dapat kelebihan validity panjang ni bila dan memenuhi syarat-syaratnya. Selebihnya Onexox Prepaid ni berfungsi seperti biasa. Topup RM10, dapat RM10. Nak data kena beli.
Tempoh sah makin bertambah setiap kali topup
Yang bestnya, bila topup, kredit bertambah dan tempoh sah aktif pun berganjak ke depan. Makna kata, tempoh sah makin panjang lah dari tempoh 2 tahun 4 bulan yang telah ditetapkan awal-awal pembelian tadi. Awesome gila!
SMS dan Panggilan Onexox Prepaid
Ok, untuk panggilan dan SMS pulak, macam biasalah. Ada kredit boleh lah call dan SMS. Takde kredit tak boleh la call dan sms. Simple kan?
Data Internet Onexox Prepaid dan Seasonpass
Untuk data pulak, boleh beli data harian, mingguan atau bulanan. Pilih je mana suka ikut keperluan dan budget yang ada. Just dial je *150#.
Tapi,
Onexox Prepaid ni ada Season Pass. Ini adalah salah satu kelebihan dan keunikan Onexox Prepaid.
Ada kaunter Season Pass.
Ok, Seasonpass tu umpama stor simpanan. Seasonpass ni berfungsi untuk simpan data, minit panggilan dan sms.
Setiap data, minit panggilan dan sms yang dibeli (melalui season pass / happy hour/diterima dari user onexox lain) akan disimpan dalam Season Pass ni. Atau saya lebih suka sebut disimpan dalam stor.
Semua data, minit panggilan dan sms yang disimpan dalam Season Pass takkan expired.
Best kan?!
Yes, takkan expired.
Contoh Penggunaan Seasonpass
Sebagai contoh, dalam Seasonpass tu ada 100 minit panggilan dan 100 sms. Dalam bulan tu contohnya anda tak guna langsung panggilan dan sms, maka bulan depan ianya tetap sama. Masih lagi 100 minit dan 100 sms.
Kalau guna camna?
Kalau guna maka akan ditolak la dari jumlah yang diguna. Contoh anda guna 10 minit call kawan, baki adalah 90 minit dan masih dalam store. Camtulah jugak dengan SMS.
Ok, camna pulak kalau ada kredit? Tolak baki minit panggilan dan sms dalam Season Pass atau tolak kredit?
Sudah semestinya akan tolak minit panggilan dan sms yang ada dalam Season Pass dulu. Kalau Season Pass dah kosong barulah semua panggilan dan SMS akan ditolak dari kredit yang ada.
Tapi saya yakin, sebelum minit panggilan dan SMS habis dalam season pass, mesti anda dah beli dan tambah stok (data/minit panggilan) baru.
Sebab apa?
Sebab data, minit panggilan dan SMS Season Pass adalah jauh lebih menjimatkan berbandingkan guna call dan sms guna kredit yang memang dah sedia jimat tu 🙂
Cara nak guna data dari Seasonpass (aktifkan data seasonpass)
Ok, untuk Data Season Pass pulak, ciri dia lain sikit. Special. Contoh la dalam Season Pass tu ada data 10gb.
Data 10gb tu tak aktif. Data 10GB tu hanya disimpan sahaja dalam kaunter Seasonpass.
Jadi camna nak guna data ni?
Anda perlu aktifkan data tu. Dan yang BESTnya anda boleh aktifkan data mengikut keperluan dan corak penggunaan anda. Kalau saya, saya suka aktifkan 500MB untuk 30 hari.
Contoh anda boleh aktifkan data 500MB untuk sebulan, 2gb untuk 7 hari, 2gb untuk sebulan atau 5gb untuk sebulan dan banyak lagi. Jumlah data yang anda aktifkan tu akan ditolak dari jumlah 10gb dalam Season Pass tadi.
Anda pilih nak yang mana.
Kalau anda aktifkan 500mb untuk sebulan, maka dalam masa 30 hari anda harus menghabiskan data 500mb tu. Kalau tak habis, contohnya anda cuma guna 250mb, bakinya yang 250mb tu akan burn.
Kat sini kena pandai bajet lah kan?
So far faham tak? Simple je sebenarnya ni. 1st time memang mungkin ada rasa macam keliru. Lama-lama insyaAllah ok.
Ok habis dah info pasal Onexox Prepaid. Jom continue pasal Black pulak!
Onexox Black, the best
Onexox Black ni satu inovasi yang paling unik bagi saya. Sebab apa?
Sebab, plan onexox black ni dia ada komitmen bulanan macam postpaid (ada itemised bill) dan yang uniknya, bayar bil guna topup (macam prepaid). Sebab tu dipangggil Hybrid.
Cuma Onexox Black ni takde tempoh sah yang panjang je. Nama pun komitmen bulanan kan. Of course la takde.
Jadi kalau takde 2 benda ni, tak best la Onexox Black?
Sabar dulu..
Ianya menjadi sangat best sebenarnya.
Saya jawab kenapa takde tempoh sah panjang.
Sebab ianya ada komitmen bulanan. Perlu topup setiap bulan untuk memastikan ianya kekal aktif dan sudah semestinya akan dapat data, minit dan panggilan mengikut plan yang dilanggan. Ye, setiap bulan.
Komitmen adalah bergantung kepada plan atau pakej yang diambil. Baca artikel saya berkenaan dengan plan dan pakej Onexox Black.
Dengan adanya komitmen, maka tiadalah tempoh sah panjang 2 tahun 4 bulan tu. Make senses lah kan? Tak best la kalau ada komitmen, kena bayar tiap-tiap bulan pulak kan?
Nope!
Data aktif dan carry forward
Sebenarnya best. Malah sangat best.
dan ini akan menjawab persoalan nombor 2 sekaligus, yang mana Onexox Black tiada Season Pass. Kalau takde Season Pass, maka tiada la stor simpanan data, minit panggilan dan sms.
Bila takde stor simpanan, kat mana nak simpan semua tu? Nanti burn la data, minit panggilan dan SMS yang tak digunakan.
Ok, Onexox Black takkan burn kan data, minit panggilan dan sms yang ada. dan yang paling best, tak perlu nak aktifkan berapa banyak data yang nak digunakan. Sebab data dah memang aktif!
Dalam Onexox Black, data, minit panggilan dan sms semuanya telah sedia aktif.
Hanya masukkan sim dan guna.
Tak perlu pening nak aktifkan berapa GB data dari Season Pass.
Kalau tak habis data tu, akan dicarry forward 100% ke bulan depan. Dan bulan depan akan terima lagi data yang dalam pakej.
Contoh anda ambik plan B59 – 15gb Data, dapat panggilan tanpa had dan 100 sms.
Bulan ni guna 2gb data, dan 10 sms. Maka baki yang akan dicarry forward adalah 10gb, dan 90 sms.
Dan dibulan baru, akan terima lagi 15gb data, unlimited call dan 100 sms. Dicampur dengan baki bulan lepas maka bulan ni data anda ada 27gb, unlimited call dan 190 sms.
Haaa.. camtulah pengiraannya! (Tepuk)
Itu je untuk Onexox Black. Simple kan?
So dah baca semua ni... Pilihan anda. Prepaid atau Black? Kalau saya, saya rekemen Black. Lebih aktif, lebih fleksibel. Iya betul fleksibel.
Nak bayar bil Onexox Black pun senang. Jangan sampai tak bayar nanti kena barred la pulak. Lagi-lagi plan black B10 tu ha.. Baca artikel saya berkenaan dengan Kelebihan dan Kekuatan Onexox Black B10.
Ok, sekarang ni keputusan kat tangan anda. Sekiranya anda nak Onexox Prepaid, boleh KLIK SINI. Sekiranya anda nak Onexox Black, klik pada laman web Onexoxtelco.
At least anda faham dah paham kan nak pilih yang mana terbaik dan sesuai untuk anda mengikut gaya penggunaan anda sehari-hari.