Apa beza SP PLUS50 dengan BLACK B59


●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●


*SP PLUS 50*

Dapat 10GB

PERCUMA 2GB + 50 Minit + 50 SMS

Komitmen sebulan RM50


Syarat mesti dilanggan setiap bulan untuk dapatkan yang PERCUMA.

Sekiranya terlupa atau tidak langgan setiap bulan, cuma akan dapat 10GB sahaja, yang percuma tidak dapat.


_Macam mana nak buat?_

Kena langgan setiap bulan untuk dapatkan percuma data, minit dan sms.


_Maksudnya tidak boleh berhenti ke?_

Boleh tidak ada masalah Cuma bila langgan untuk langganan kali kedua tidak dapat percuma data, minit dan sms.


_Bila nak dapat percuma lepas langganan kedua?_

Pastikan pada langganan ketiga buat top up awal-awal sebelum tarikh tamat untuk langganan kedua.


Nasihat saya macam ini, bila anda sudah buat langganan apa-apa dari SEASON PASS PLUS teruskan untuk 6 bulan pertama, bila masuk bulan ke tujuh anda lihat season pass anda ada berapa? Kalau anda rasa sudah cukup banyak bolehlah berhenti, saya jamin kalau betul banyak dalam 6 bulan seterusnya anda tak perlu top up lagi. Dalam masa tu anda menikmati season pass yang anda dapat.


Walaubagaimanapun, sekiranya tak nak berhenti langgan itulah yang terbaik kerana season pass plus ini pakej prepaid yang paling jimat dalam onexox.


●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●


*BLACK B59*

DAPAT 12GB + 100 minit + 100 SMS

Komitmen sebulan RM59


Konsep seperti postpaid tetapi BLACK adalah lebih baik dari postpaid.


_Kenapa?_

_Sebab:-_


1. Semua data, minit dan SMS boleh dibawa ke depan tanpa ada kuota tertentu sehingga had 100GB baru tidak dapat di bawa ke depan lagi.


2. Semua data, minit dan SMS boleh dikongsikan kepada pengguna onexox yang lain.


3. Pembayaran bil semudah membeli top up prepaid, maksudnya anda cuma beli top up macam biasa sebelum tarikh matang.


4. Bil akan di hantar melalui emel.


5. Sekiranya minit habis, pay per use untuk panggilan adalah 15 sen seminit mengikut blok 30 saat.


6. Sekiranya SMS habis, pay per use adalah10 sen untuk satu SMS.


7. Tiada pay per use sekiranya data habis. Maksudnya kalau data habis kena beli season pass atau menerusi happy hours untuk meneruskan internet.


8. Data BLACK adalah data aktif dan tiada konsep beras dan nasi di dalam pakej ini, senang cerita semuanya adalah nasi. Untuk makluman konsep ini tiada sekatan, sekiranya anta guna untuk hotspot atau anak anak bermain, pemantauan sangat diperlukan supaya tidak berlaku kehabisan data dengan sangat cepat.


9. Boleh beli happy hours seperti prepaid juga.


●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●


*PENTING*

Perlu diingat bila anda sudah tukar prepaid ke black tempoh sah anda yang panjang akan hangus dan sekiranya anda ingin menukar ke prepaid di kemudian hari anda takkan dpt tempoh sah 28 bulan buat kali ke dua. Walaubagaimana pun anda boleh membeli tempoh sah tersebut dengan harga rm18 untuk 6 bulan atau rm25 untuk 12 bulan.


sumber: (1) Facebook

Previous Post Next Post