Pelbagai orang pelbagai citarasa, pelbagai pendapat dan juga pelbagai pengurusan.Masing-masing mempunyai prinsip dan pegangan tersendiri.
Bila ditanya abang/kakak pilih yang mana ?Jawabnya;
“Saya pilih prepaid sebab saya tak terikat. Senang untuk saya. Saya boleh topup bila saja masa yang saya perlukan. Tiada sekatan untuk saya. Sememangnya saya bebas untuk topup bila-bila masa sahaja.Kan ada tempoh selama 2 tahun 4 bulan”.
“Guna prepaid onexox saya tidak berhutang. Habis kredit bererti habis.. Terpulang kepada saya untuk topup semula atau pilih untuk menunggu sahaja”.
“Saya pilih BLACK ONEXOX sebab tak perlu pening kepala. Cukup time saya bayar sahaja. Saya ambil pakej B59. Tidak ada masalah internet kepada saya. 15GB dah mencukupi buat saya. Ada lebih saya boleh kongsikan dengan saudara mara saya tanpa sebarang pasangka.Saya bebas buat panggilan ke mana-mana sahaja sebab saya dapat free call ke mana-mana sahaja rangkaian telefon di negara kita. Unlimited call memang sangat memuaskan.”
“Saya guna Black B10, pakej yang paling murah sekali.. sebulan hanya sepuluh hengget shj. Bayar pun secara topup shj. Senangkan. 20 minit memang tak cukup tapi saya boleh tampung dengan pembelian minit panggilan.. sekali beli sahaja saya boleh dapat 999 minit panggilan. Apa lagi.. guna aje la.. seminit panggilan hanya 9 sen shj. Selagi tak habis saya tak perlu pening.. tiada had masa untuk menghabiskannya.. guna sampai habis.. tak habis carry forward ke bulan hadapan. RM10 sebulan memang sangat memadai untuk saya”
“Saya guna prepaid. Untuk data dan minit panggilan. Saya beli dan simpan di season pass sahaja. Paling senang untuk saya.. Aktif sampai 2 tahun 4 bulan.. Data dan minit panggilan selagi tak habis dibawa ke bulan hadapan. Memang selasa untuk saya.”
“Saya belikan Black B10 untuk mak saya.Senang nak berwasap dengan mak.. Minit panggilan sekali beli jer.. Pastu mak guna aje la selagi tak habis. 999 minit untuk kegunaan mak agaknya berapa lama dia boleh guna ekk? Entahlah.. Tapi itulah yang terbaik untuk mak saya.Saya bayar secara topup setiap bulan RM10 jer. Onexox ni memang terbaik”.
Itu sebahagian pendapat yang sempat saya catatkan..Pendapat peribadi saya agak berbeza..
Jika kita hendak membuat pilihan tanyalah kepada diri terlebih dahulu.
1/ Adakah kita memerlukan data yang banyak atau sedikit untuk kegunaan internet kita.?
Kalau perlukan data yang lebih banyak dan tak kehabisan ketika menggunakannya eloklan pilih pakej Black B59DB. Anda dapat 44GB untuk sebulan, Tu dah kira heavy la tu.
Kalau data yng digunakan dalam 4-5 gb sahaja, Prepaid adalah paling terbaik untuk anda
Kalau suka menonton Youtube.. pakej B89DB dengan 100GB paling terbaik untuk anda
Kalau anda pemandu GRAB, pakej B59 paling sesuai untuk anda.
Pakej B59, B59DB dan B89DB ada unlimited call untuk anda.
2/ Adakah kita jarang membuat panggilan atau selalu membuat panggilan ?
Kalau jarang membuat panggilan anda sepatutnya menggunakan Onexox Prepaid tetapi jika selalu membuat panggilan pakej 59 ke atas adalah yang terbaik untuk anda.
Isu yang perlu difikirkan..
“Saya menggunakan onexox prepaid tetapi topup saya hampir RM100 setiap bulan”
~ Anda seharusnya bertukar kepada Black B59DB kerana ia lebih menguntungkan anda,
“Saya pengguna B59 dan selalu kongsikan data kepada anak-anak saya. Saya membayar hamper RM150 setiap bulan kerana membeli data”
JIka anak anda hanya ada 2 orang yang menggunakan data, eloklah anak anda juga menggunakan Pakej yang sama seperti anda atau pakej B59DB.Anda hanya membuat bayaran sahaja.. dan anak-anak anda pasti akan lebih selesa kerana beliau juga mendapat panggilan percuma ke semua rangkaian.Itulah yang terbaik untuk anda.
“Saya berbelanja hampir RM80 sebulan kerana selalu membelikan data untuk perkongsian dengan anak-anak saya”.
Anda pengguna yang bijak jika anda menggunakan B59.
Prepaid tidak berapa sesuai untuk anda.
Haha.. sebahagian perkongsian daripada saya. Masih banyak lagi nak dikongsikan.. InsyaAllah di topik lain nanti pasti ada perkongsian lagi.